.

.

Tuesday, January 11, 2011

Bengkel 3D bersama Rosita Jaafar (RJ)

Pada 09jan 2011 bertempat di Anggerik Mall Shah Alam baru-baru ini
I dan Aziz (azzanku) meluangkan masa walaupun kite ni terlalu sibuk dgn xtvt bengkel sendiri dan jugak tempahan jahitan manik daripada pelangan cuba mencuri ruang utk menghadiri bengkel 3D bersama Sifu Tersohor dalam dunia Feksyen Sulaman Manik Rosita Jaafar atau di kenali dgn pangilan RJ di mana beliau banyak menghasilkan buku-buku tentang jahitan manik.


Pada bengkel tersebut RJ di bantu oleh 2 orang pembantunya iaitu Linn (bertudung) dan Azean

Azean berbaju hitam turut memberi tunjuk ajar kepada peserta pada bengkel tersebut. Aziz dan Lela kamaruddin.


Peserta yang hadir pada hari tersebut seramai 22orang..



Ini lah hasil yang dapat i pelajari pada bengkel tersebut. Ini adalah kali kedua i mengikuti bengkel 3D. Sebelum ini bersama Sifu Wan Norzita di sungai buloh yang juga salah seorang beader yang banyak menghasilkan jahitan2 sulaman 3D yang halus lagi kreatif. I kagum dengan hasil-hasil jahitan kedua-dua Sifu ini.


Herringbone Flower



Kesimpulan yang i dapat ketika menghadiri bengkel-bengkel seperti ini dari guru yang berlainan. Walaupun bentuk bunga ataupun daun adalah sama bentuknya..tetapi teknik2 utk menghasilkannya adalah berlainan. So bila banyak ilmu yang kite pelajari dengan secara tak langsung lebih banyak teknik2 yg kite dapat dari guru-guru yang berlainan.